~Ahlan wa Sahlan~

::Bisikan Hati::

Bismillahirrohmanirroheem. Dengan asma' Allah yg Maha Agung, Pemilik segala kemuliaan dan kesempurnaan blog ini dimulai. Moga dengan rahmat dan kasih sayangNYA, DIA menuntun hati-hati kita menuju kebenaran.
Assolatu wassalam 'ala Rasulullah saw. Selawat dan salam rindu buat rahmat seluruh alam, Kekasih Allah yg memiliki segala keindahan akhlak. Betapa besar jasa baginda memperkenalkan Tuhan kepada kita. Mampukah kita mengasihi baginda seperti baginda mengasihi ummatnya?

Terima kasih buat semua yang menziarahi "teratak usang" ini. Moga setiap hati mendapat manfaat dgn kunjungan tersebut. Segala yg indah dr Allah, yg kurang dan cacat dari hamba berdosa ini.

Jazakumullahu khoiran kathira. Mohon maaf zahir batin.

Tuesday, June 2, 2009

Pejuang Kebenaran Unik dan Istimewa

Pejuang-pejuang kebenaran sepanjang sejarah unik dan istimewa,
Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya,
Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang kerana mempunyai quwwah atau kekuatan,
Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh barulah diberi kemenangan,
Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan,
Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan,
Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya baru menang,
Tapi yang membunuh tentera musuhnya dan mengalahkan adalah Tuhan,
Allah Taala datangkan tentera-tentera yang bukan jenis manusia,
Adakalanya para malaikat datang berperang,
Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat di peperangan Badar yang terkenal,
Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang,
Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya tunggang-langgang,
Seperti yang telah berlaku di dalam peperangan Ahzab atau Khandak,
Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita,
Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan dibantu Allah,
Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangannbukan mereka yang berperang,
Tapi Firaun dan tentera-tenteranya dimusnahkan oleh air lautan, semuanya tenggelam,
Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud dan tenteranya bukan dengan perang,
Allah Taala datangkan tentera nyamuk memusnahkan,Namrud dan tentera-tenteranya mati bergelimpangan,
Kalau begitu jika ada di setiap zaman pejuang-pejuang Islam berjuang,
Tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah di waktu berperang,
Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu penuh dengan dosa,akhirnya kecundang,
Kita hendak menunggu kemenangan kita bukan dari kita,
Kita hendak menunggu kemenangan ini di tangan Tuhan,
Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri untuk keredhaan Tuhan.

Menjelang tidur
02 09 1999

Tujuan Berjuang


Tujuan berjuang keranahendak mengenalkan Tuhan pencipta alam,

Agar Dia disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola,

Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nyauntuk keselamatan manusia,

Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama,harmoni dan bahagia,

Berjuang bukan kerana ekonomi,membangun dan berkemajuan,

Ia merupakan sampingan sahaja,kalau boleh dijadikan untuk Tuhan,

Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat,

Mengingatkan manusia,Akhirat tempat akhir buat insan,

Di sana tempat kekal abadi,

Sama ada di Syurga mahupun di Neraka,

Itulah dia tugas-tugas para dai,mubaligh-mubaligh dan ulama,

Mengajak manusia menyembah Tuhan,

Jalan dan caranya itulah syariat-Nya,

Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya cara yang kita reka-reka,

Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya,

Ingin kepada Tuhan, jalannya telah dinyatakan dan dijelaskan,

Kalau jalannya mengikut cara sendiri,tidak sampai kepada-Nya,

Hari ini dakwah dan ceramah merata negara,

Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh di musim hujan,

Tapi isinya politik dan unsur-unsur yang membawa pergaduhan,

Tuhan, tidak dikenalkan,jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan,

Ini bukan pendakwah tapi pendakyah,

Ia bukan fisabilillah,Tapi jalan yang sudah tersalah,

Ini bukan hendak mencari redha Allah,

Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka.


Selepas Asar24 09 1999

Friday, May 29, 2009

~Kalau Seorang Perempuan Muda Sudah Rosak Akhlaknya~


Kalau seorang perempuan muda sudah rosak akhlaknya

Pakaiannya menjolok mata, gerak gerinya mempesona

Pergaulannya bebas tidak kira dengan siapa

Ramai orang suka, tapi orang tidak percaya
Ramai peminat tetapi orang tidak hormat

Orang suka atas dasar nafsu

Bukan orang suka atas dasar fitrah murni

Tapi yang punya diri tidak sedar diri

Kerana itulah perempuan yang semacam ini di masa tua orang tidak peduli

Lantaran cinta atas dasar nafsu sudah tiada lagi

Terpinggirlah dia seorang diri

Orang ramai pun tidak ambil tahu, bahkan tidak peduli

Adakalanya mereka miskin papa dan tiada siapa yang membantu

Padahal pada waktu mudanya dia glamour

Namanya di bibir mulut orang tidak kira jantan atau betina

Manakala di masa tua dilupa orang

Apatah lagi selepas matinya

~Awwal Qalam 2~

Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi roh atau hati yang rosak/kotor akan menjadikan manusia tu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah2 bangkai bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan. Maksud saya, sekiranya roh atau hati yang rosak/kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak agama, bangsa dan negara.

Kalau roh atau hati atau anggota batin yang rosak itu berada dalam diri orang kaya, jadilah si kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama' sudah rosak, jadilah si ulama' itu penjahat (ulama' suk). Dia akan menjual ilmu Islam'y untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata2 macam petani menjual tanamannya untuk mendapat duit. Ulama' suk menjual ilmunya untuk kepentingan dunianya. Kalau ia bercakap adalah bagi pihak tuan bukan bagi pihak Tuhan. Kalau tidak bercakap, mereka menjadi syaitan2 bisu pula.

Roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak kalau berada dalam diri para pemuda, pemuda itu akan menghabiskan masanya dengan berfoya2, berangan2,melepak2 dan berseronok2. Tenaga sasanya disia2kan tanpa memberi apa2 faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka jadi sampah masyarakat.

Kalau roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka keluh kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yg lebih darinya. Dengan orang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Ertinya dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.

Demikian kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis dan kaum wanita, maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek2 dan bergaya untuk menarik perhatian orang padanya. Dirinya sanggup dijual pada sesiapa saja yang boleh memberi nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda. Sesama sendiri saling benci-membenci dan bersenget-senget hati.

Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau ia keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan mencorak kehidupan itu, baik atau buruk, perosak atau pengislah, peruntuh atau pembangun, bertanggungjawab terhadap masalah atau pencetus masalah, pendamai atau penghuru hara dan lain2 lagi. Inilah yang dimaksudkan Rasulullah saw dalam maksudnya:

"Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh" [Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir]"

Pengalaman kita sendiri membuktikan bahawa hati atau roh kitalah yan menentukan tindak tanduk kita. Fizikal (tangan, kaki, mulut, telinga, perut dan lain2 anggota) cuma menunaikan kehendak2 hati. Anggota lahir (fizikal) bukan penentu tetapi hanya pekerja dan buruh-buruhnya sahaja. Kalau hati mahu, semuanya jadi. Kalau hati tidak mahu, apa pun tidak jadi. Sebab itulah Rasulullah saw bersabda (maksud):

"Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang dinilai dari apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrah kepada Allah dan RasulNYA maka hijrahnya itu dinilai kerana Allah dan RasulNYA. Dan sesiapa yg hijrah kerana dunia yg diidamkan atau perempuan yg ingin dikahwininya maka hijrahnya dinilai kerana itulah." [Riwayat Bukhari]"
Kalau niat baik maka amalan itu diterima sebagai amalan baik. Sebaliknya kalau niat jahat maka amalan itu dikira jahat sekalipun nampak baik. Contoh, si A berniat untuk sembahyang kerana Allah, maka sembahyang itu diterima sebagai amalan soleh. Manakalah si B meniatkan sembahyang itu untuk dia dikatakan orang baik maka sembahyangnya tertolak.
Ada juga niat yang baik tetapi dilaksanakan dengan cara yang jahat. Ini juga tertolak. Misalnya seorang yang berniat untuk menolong seseorang dengan cara mencuri duit seseorang yang lain. Ini tidak betul. Lebih2 lagilah tidak betul kalau niatnya salah dan perlaksanaannya pun salah. Sebab itulah Rasulullah saw bersabda (maksud):
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu."
[Riwayat At Tabrani]
Di sinilah kita lihat Allah membahagikan amalan hamba-hambaNYA kepada dua bahagian:
Pertama: Apa kata hati (niat)
Kedua: Bentuk perlaksanaan lahir
Dengan kata lain Allah bezakan niat dengan sikap. Walaupun kedua-duanya diperintahkan tetapi keutamaan diberi pada niat supaya seseorang tidak menipu dirinya dan orang lain dengan berbuat baik tapi bermaksud jahat. Manusia cuma nampak yang lahir dan tidak tahu apa yang dirahsiakan di dalam hatinya. Sedangkan kalau dia buat jahat orang boleh nampak dan boleh tegur untuk keselamatan dirinya.
Hal ini boleh diibaratkan pada sebiji buah yang ada kulit dan ada isi. Kedua-dua kulit dan isi adalah penting. Buah yang baik itu adalah kerana kulitnya baik dan isinya pun baik. Buah yang kulitnya baik tapi isinya tidak baik, ia tidak berguna apa2. Manakala buah yang kulitnya buruk sedangkan isinya baik pun tidak bagus. Cuma ia masih boleh dimakan. Sebab itu Rasulullah saw bersabda (maksud):
"Niat orang Mukmin lebih baik dari amalannya.." [Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi']
Maksudnya niat yang baik itu lebih baik dari amalan yang baik kerana niat yang baik tidak dicelah oleh riya' atau ujub. Manakala amalan yang baik cukup mudah dihinggapi oleh riya' dan ujub. Jarang manusia boleh selamat dari diganggu dan dirosakkan amalannya oleh riya' dan ujub.
Ada hadith mengatakan bahawa seseorang yang baru berniat baik sahaja sudah diberi pahala oleh Allah. Sedangkan niat yang jahat tidak dikira berdosa sehingga orang itu benar2 melaksanakan niat jahat tersebut.
Para pembaca, pendidik, guru2 yang dikasihi sekalian. Begitulah pentingnya roh diberi perhatian dan pendidikan. Memerhati,mengkaji dan menilai bidang inilah disebut ilmu tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu batiniah. Ilmu yang merupakan satu bahagian yang terpenting dalam ilmu Islam di samping ilmu usuluddin yang menjadi asasnya dan kemudian ilmu fiqah (syari'at). Tasawuf umpama isi buah manakala ilmu syari'at itu umpama kulit buah. Atau ilmu syari'at itu dianggap kisrun (kulit) dan ilmu tasawuf dianggap lubbun (intipati). Kedua-duanya penting tetapi yg lebih penting ialah isinya kerana isi itulah yang mahu dimakan. Syari'at dan tasawuf sama2 penting tetapi keutamaan ialah tasawuf kerana ia yang menjadi perhatian dan penilaian Allah.
Oleh kerana ilmu rohaniah sangat berhubung rapat dengan pendidikan maka marilah kita mengkajinya dengan menyusuri rentetan ini sampai ke penghujungnya (insyaAllah) sehingga kita dapat memahami, mempraktikkan pada diri kita hingga membuahkan hasil yang baik dan dapat menjadi contoh dan suri teladan kepada murid2 dan pengikut2.

Thursday, May 28, 2009

~Awwal Qalam~

Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Allah kepada manusia sehingga takut dan cinta kepadaNYA. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadatnya melahirkan manusia yang baik serta memberi manfaat kepada orang lain. ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.

Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri tau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata2 lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik, yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.

Melalui pengalaman kita, mendidik manusia adalah sulit sekali. Ini kerana manusia itu ada akal, roh, nafsu dan fizikal. Fizikal adalah anggota lahir. Akal, roh dan nafsu adalah anggota batin. Kejayaan mendidik manusia adalah ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak tadi iaitu, akal, roh dan nafsu itu.

Jadi kalau pendidik2 atau guru2 tidak ada ilmu rohaniah, hanya faham fizikal manusia semata-mata, bagaimana dia hendak mendidik murid2 dan pengikut2nya. Tentu sekali pendidik2 atau guru2 tadi akan gagal. Mendidik manusia tidak cukup mendidik fizikal mereka sahaja. Tapi itulah yang berlaku selama ini. Murid2 atau pengikut2 dididik fizikal mereka semata2. Tiga anggota batin yakni roh, akal dan nafsu tidak terdidik. Walhal hakikat manusia itu ialah anggota batin inilah, manakala anggota lahir mengikut saja.

Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasawuf. Al Quran menganjurkan ilmu ini di dalam surah Asy Syams:9-10. Maksudnya:

"Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorkannya. "
Roh atau hati nurani (anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh juga maka manusia itu dikatakan mukalaf yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah, patuh kepada suruhaNYA dan menjauhi laranganNYA. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa2. Tapi bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima roh itu.

Wallahu'alam. InsyaAllah akn d'smbung lg dlm post akn dtang.

~Akibat Tidak Ada Didikan Rohani~


Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya
Hanya diberi ilmu-ilmu syari'at
Yang lahir-lahir sahaja

Dia akan kenal orang lain dari dirinya
Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan dirinya sendiri

Orang lain sombong atau ego dia nampak
Pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa
Di waktu dia susah, orang tidak membantunya
Dia terasa..
Padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang dia tidak terasa satu kesalahan

Orang mementingkan diri dia tersinggung
Dia mementingkan diri
Dia tidak sedar yang sudah jadi budaya

Orang lain bakhil, dia nampak tidak patut
Dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa

Orang tidak sabar, dia nampak sangat
Dia tidak sabar, payah dia hendak memahaminya
Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya
Soal-soal roh atau hati yang ada hubungan dengan mahmudah dan mazmumah tidak pernah dia kenal
Kalaupun dia diajar tentang Islam hanya banyak menekankan syari'at lahir semata-mata
Akibanya dia tidak kenal diri sendiri
Tidak kenal diri sendiri ertinya tidak boleh nilai diri

Tidak boleh nilai diri sendiri, kejahatan orang lainlah yang dia nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak sedari
Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari kepada orang lain
Dirinya terkecuali daripada kesalahan
Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini..

ASZ
Waktu Dhuha
02-12-2002

~Sebaik-baik manusia ialah...~