Maka bagi orang yang ada cita-cita untuk membaiki diri tau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata2 lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik, yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.
Melalui pengalaman kita, mendidik manusia adalah sulit sekali. Ini kerana manusia itu ada akal, roh, nafsu dan fizikal. Fizikal adalah anggota lahir. Akal, roh dan nafsu adalah anggota batin. Kejayaan mendidik manusia adalah ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak tadi iaitu, akal, roh dan nafsu itu.
Jadi kalau pendidik2 atau guru2 tidak ada ilmu rohaniah, hanya faham fizikal manusia semata-mata, bagaimana dia hendak mendidik murid2 dan pengikut2nya. Tentu sekali pendidik2 atau guru2 tadi akan gagal. Mendidik manusia tidak cukup mendidik fizikal mereka sahaja. Tapi itulah yang berlaku selama ini. Murid2 atau pengikut2 dididik fizikal mereka semata2. Tiga anggota batin yakni roh, akal dan nafsu tidak terdidik. Walhal hakikat manusia itu ialah anggota batin inilah, manakala anggota lahir mengikut saja.
Ilmu rohaniah ertinya ilmu yang berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia). Ilmu rohaniah ini juga disebut sebagai ilmu tasawuf. Al Quran menganjurkan ilmu ini di dalam surah Asy Syams:9-10. Maksudnya:
"Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorkannya. "
Roh atau hati nurani (anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Ertinya, harga diri dan nilai diri manusia ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya. Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerana adanya roh juga maka manusia itu dikatakan mukalaf yakni makhluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah, patuh kepada suruhaNYA dan menjauhi laranganNYA. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa2. Tapi bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Ini bergantunglah kepada proses pendidikan yang diterima roh itu.
Wallahu'alam. InsyaAllah akn d'smbung lg dlm post akn dtang.



No comments:
Post a Comment