~Ahlan wa Sahlan~

::Bisikan Hati::

Bismillahirrohmanirroheem. Dengan asma' Allah yg Maha Agung, Pemilik segala kemuliaan dan kesempurnaan blog ini dimulai. Moga dengan rahmat dan kasih sayangNYA, DIA menuntun hati-hati kita menuju kebenaran.
Assolatu wassalam 'ala Rasulullah saw. Selawat dan salam rindu buat rahmat seluruh alam, Kekasih Allah yg memiliki segala keindahan akhlak. Betapa besar jasa baginda memperkenalkan Tuhan kepada kita. Mampukah kita mengasihi baginda seperti baginda mengasihi ummatnya?

Terima kasih buat semua yang menziarahi "teratak usang" ini. Moga setiap hati mendapat manfaat dgn kunjungan tersebut. Segala yg indah dr Allah, yg kurang dan cacat dari hamba berdosa ini.

Jazakumullahu khoiran kathira. Mohon maaf zahir batin.

Friday, May 29, 2009

~Awwal Qalam 2~

Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi roh atau hati yang rosak/kotor akan menjadikan manusia tu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah2 bangkai bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan. Maksud saya, sekiranya roh atau hati yang rosak/kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak agama, bangsa dan negara.

Kalau roh atau hati atau anggota batin yang rosak itu berada dalam diri orang kaya, jadilah si kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama' sudah rosak, jadilah si ulama' itu penjahat (ulama' suk). Dia akan menjual ilmu Islam'y untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata2 macam petani menjual tanamannya untuk mendapat duit. Ulama' suk menjual ilmunya untuk kepentingan dunianya. Kalau ia bercakap adalah bagi pihak tuan bukan bagi pihak Tuhan. Kalau tidak bercakap, mereka menjadi syaitan2 bisu pula.

Roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak kalau berada dalam diri para pemuda, pemuda itu akan menghabiskan masanya dengan berfoya2, berangan2,melepak2 dan berseronok2. Tenaga sasanya disia2kan tanpa memberi apa2 faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka jadi sampah masyarakat.

Kalau roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka keluh kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yg lebih darinya. Dengan orang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Ertinya dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.

Demikian kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis dan kaum wanita, maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek2 dan bergaya untuk menarik perhatian orang padanya. Dirinya sanggup dijual pada sesiapa saja yang boleh memberi nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda. Sesama sendiri saling benci-membenci dan bersenget-senget hati.

Begitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagaikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau ia keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan mencorak kehidupan itu, baik atau buruk, perosak atau pengislah, peruntuh atau pembangun, bertanggungjawab terhadap masalah atau pencetus masalah, pendamai atau penghuru hara dan lain2 lagi. Inilah yang dimaksudkan Rasulullah saw dalam maksudnya:

"Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh" [Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir]"

Pengalaman kita sendiri membuktikan bahawa hati atau roh kitalah yan menentukan tindak tanduk kita. Fizikal (tangan, kaki, mulut, telinga, perut dan lain2 anggota) cuma menunaikan kehendak2 hati. Anggota lahir (fizikal) bukan penentu tetapi hanya pekerja dan buruh-buruhnya sahaja. Kalau hati mahu, semuanya jadi. Kalau hati tidak mahu, apa pun tidak jadi. Sebab itulah Rasulullah saw bersabda (maksud):

"Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang dinilai dari apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrah kepada Allah dan RasulNYA maka hijrahnya itu dinilai kerana Allah dan RasulNYA. Dan sesiapa yg hijrah kerana dunia yg diidamkan atau perempuan yg ingin dikahwininya maka hijrahnya dinilai kerana itulah." [Riwayat Bukhari]"
Kalau niat baik maka amalan itu diterima sebagai amalan baik. Sebaliknya kalau niat jahat maka amalan itu dikira jahat sekalipun nampak baik. Contoh, si A berniat untuk sembahyang kerana Allah, maka sembahyang itu diterima sebagai amalan soleh. Manakalah si B meniatkan sembahyang itu untuk dia dikatakan orang baik maka sembahyangnya tertolak.
Ada juga niat yang baik tetapi dilaksanakan dengan cara yang jahat. Ini juga tertolak. Misalnya seorang yang berniat untuk menolong seseorang dengan cara mencuri duit seseorang yang lain. Ini tidak betul. Lebih2 lagilah tidak betul kalau niatnya salah dan perlaksanaannya pun salah. Sebab itulah Rasulullah saw bersabda (maksud):
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu."
[Riwayat At Tabrani]
Di sinilah kita lihat Allah membahagikan amalan hamba-hambaNYA kepada dua bahagian:
Pertama: Apa kata hati (niat)
Kedua: Bentuk perlaksanaan lahir
Dengan kata lain Allah bezakan niat dengan sikap. Walaupun kedua-duanya diperintahkan tetapi keutamaan diberi pada niat supaya seseorang tidak menipu dirinya dan orang lain dengan berbuat baik tapi bermaksud jahat. Manusia cuma nampak yang lahir dan tidak tahu apa yang dirahsiakan di dalam hatinya. Sedangkan kalau dia buat jahat orang boleh nampak dan boleh tegur untuk keselamatan dirinya.
Hal ini boleh diibaratkan pada sebiji buah yang ada kulit dan ada isi. Kedua-dua kulit dan isi adalah penting. Buah yang baik itu adalah kerana kulitnya baik dan isinya pun baik. Buah yang kulitnya baik tapi isinya tidak baik, ia tidak berguna apa2. Manakala buah yang kulitnya buruk sedangkan isinya baik pun tidak bagus. Cuma ia masih boleh dimakan. Sebab itu Rasulullah saw bersabda (maksud):
"Niat orang Mukmin lebih baik dari amalannya.." [Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi']
Maksudnya niat yang baik itu lebih baik dari amalan yang baik kerana niat yang baik tidak dicelah oleh riya' atau ujub. Manakala amalan yang baik cukup mudah dihinggapi oleh riya' dan ujub. Jarang manusia boleh selamat dari diganggu dan dirosakkan amalannya oleh riya' dan ujub.
Ada hadith mengatakan bahawa seseorang yang baru berniat baik sahaja sudah diberi pahala oleh Allah. Sedangkan niat yang jahat tidak dikira berdosa sehingga orang itu benar2 melaksanakan niat jahat tersebut.
Para pembaca, pendidik, guru2 yang dikasihi sekalian. Begitulah pentingnya roh diberi perhatian dan pendidikan. Memerhati,mengkaji dan menilai bidang inilah disebut ilmu tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu batiniah. Ilmu yang merupakan satu bahagian yang terpenting dalam ilmu Islam di samping ilmu usuluddin yang menjadi asasnya dan kemudian ilmu fiqah (syari'at). Tasawuf umpama isi buah manakala ilmu syari'at itu umpama kulit buah. Atau ilmu syari'at itu dianggap kisrun (kulit) dan ilmu tasawuf dianggap lubbun (intipati). Kedua-duanya penting tetapi yg lebih penting ialah isinya kerana isi itulah yang mahu dimakan. Syari'at dan tasawuf sama2 penting tetapi keutamaan ialah tasawuf kerana ia yang menjadi perhatian dan penilaian Allah.
Oleh kerana ilmu rohaniah sangat berhubung rapat dengan pendidikan maka marilah kita mengkajinya dengan menyusuri rentetan ini sampai ke penghujungnya (insyaAllah) sehingga kita dapat memahami, mempraktikkan pada diri kita hingga membuahkan hasil yang baik dan dapat menjadi contoh dan suri teladan kepada murid2 dan pengikut2.

No comments:

Post a Comment

~Sebaik-baik manusia ialah...~